Ads 468x60px

Featured Posts

Tuesday, 8 January 2013

Kemahiran Proses Sains : BERKOMUNIKASI


1.1.6 Berkomunikasi

kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti lisan,tulisan,graf,gambar rajah, jadual atau model.

Petunjuk:
* Kenalpasti ciri umum sekumpulan item

* Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan

* Merekod maklumat daripada kajian

* Meneliti maklumat yang ingin disampaikan

* Memilih m cara atau alat komunikasi yang bersesuaian

* Menyediakan/ merancangkan bahan yang diperlukan untuk penyampaian

* menggunakan bahan rujukan

* Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

Kemahiran Proses Sains : MEMBUAT INFRENS


1.1.5 Membuat inferens

kebolehan membuat kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan

Petunjuk:
* Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah


* Membuat pelbagai tafrisan yang mengkin daripada satu pemerhatian


* Mengunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya.

Kemahiran Proses Sains : MERAMAL


1.1.4 Meramal

kebolehan mengjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Petunjuk:
* Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk mengjangka apa yang mengkin berlaku


* Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan


* Menentukan hasil yang mengkin daripada sesuatu tindakan


* Mengesahkan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas


* Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru

Kemahiran Proses Sains : MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR



1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor

kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.

Petunjuk:
* Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan

* Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena

* Membandingkan objek-objek menggunakan nombor

* Menggunakan alat dengan betul

* Mencatat bacaan dengan tepat

* Mencatat unit dengan betul

* Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul

* Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan

* Boleh mengenali pola dalam jadual-jadual nombor

* Menentukan kejituan ukuran tertentu

* Menggunakan skala dan menerangkan nisbah


Kemahiran Proses Sains : MENGELAS



1.1.2 Mengelas



kebolehan mengasingkan dan mengkelompokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria yang ditentukan seperti ciri atau sifatnya.

Petunjuk:
* Mengenal pasti persamaan dan perbezaan


* Mengumpul berdasarkan sifat sepunya


* menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek


* Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan

 

Kemahiran Proses Sains : MEMERHATI




1.1 Memahami kemahiran proses sains


1.1.1. Memerhati

kebolehan mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria penglihatan (MATA) ,pendengaran (TELINGA) ,sentuhan (KULIT) ,rasa (LIDAH)  atau bau (HIDUNG).

Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan berbantukan alat tertentu.

Petunjuk:
* Kenal pasti ciri umum sekumpulan item


* mengenal pasti ciri dan kualiti sesuautu konsep


* Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan


* memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan


* Memperihal perubahan yang berlaku


* Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku


* Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci